Leona Chin on NONA TV3

 

 

Sejak diperkenalkan pada tahun 1985, program majalah Wanita terbitan TV3, NONA menjadi sumber rujukan dan teman setia kepada penonton wanita yang memaparkan isu-isu wanita berkaitan fesyen, kecantikan dan kekeluargaan. Bakal memasuki tahun terbitan yang ke 26 pada tahun hadapan, keserian program NONA tidak pernah pudar walaupun bertukar pengacaranya. Tahun 2011, program NONA membuka tirai dengan pengacara barunya, seorang aktres yang ayu jelita dan berbakat besar, Vanidah Imran, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 20. Justeru, satu majlis makan tengahari telah diadakan di Cruise Tasik Putraya untuk meraikan musim terbaru NONA. Para penonton bakal disajikan dengan beberapa segmen yang menarik seperti Fesyen, Kecantikan, Rahsia Lelaki, Masakan, Koleksi Kegemaran, Perkahwinan dan satu segmen interaktif iaitu ‘Video Pilihan’, pada. setiap hari Ahad jam 2.00petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.